Malaysia menghantar 22 atlet para dalam sembilan jenis sukan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September 2021. Sasaran tiga pingat emas buat kontinjen para Malaysia menyamai pencapaian terbaik kontinjen Malaysia edisi 2016 di Rio de Janiero, Brazil.
SENARAI NAMA ATLET MALAYSIA LAYAK KE SUKAN PARALIMPIK TOKYO 2020
BADMINTON
1. Cheah Liek Hou (Perseorangan Lelaki SU5)
2. Didin Terasoh (Perseorangan Lelaki SS6)
BERBASIKAL
3. Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin (Ujian Masa Individu, Lebuh Raya, Kejar Mengejara Individu, Pecut Berpasukan Campuran)
4. Muhammad Hafiz Jamali (Ujian Masa Trek, Pecut Berpasukan Campuran)
5. Zuhairie Ahmad Tarmizi (Ujian Masa Trek, Pecut Berpaskan Campuran)
6. Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (Ujian Masa, Lebuh Raya)
7. Nurul Suhada Zainal (Ujian Masa, Lebuh Raya)
BOCCIA
8. Chew Wei Lun (BC1)
MEMANAH
9. S Suresh (Individu Recurve Lelaki)
10. Wiro Julin (Individu Compound Terbuka Lelaki)
OLAHRAGA
11. Abdul Latif Romly (Lompat Jauh F20)
12. Muhammad Ziyad Zokefli (Lontar Peluru F20)
13. Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100m T36)
14. Wong Kar Gee (Lompat Jauh F13)
15. Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin (400m T20)
PING PONG
16. Chee Chaoming (Kelas 9)
POWERLIFTING
17. Bonnie Bunyau Gustin
18. Jong Yee Khie
RENANG
19. Brenda Anelia (50m Kuak Lentang S4, 50m Kuak Kupu Kupu)
20. Muhammad Nur Syaiful Zulkefli (50m Gaya Bebas S5, 100m Gaya Bebas S5, 200m Gaya Bebas S5, 100m Kuak Dada SB4)
21. Jamery Siga (50m Kuak Kupu Kupu S5)
TENIS KERUSI RODA
22. Abu Samah Borhan