Microsoft telahpun melancarkan sistem operasi generasi baru iaitu Windows 10 yang ditawarkan kepada semua penggguna pada 29 Julai lalu. Windows 10 boleh dikatakan hasil penambahbaikkan gabungan Windows 7, Windows 8 dan juga Windows Phone. Maklumbalas daripada pengguna turut digunakan oleh pihak Microsoft dalam usaha membangunkan sistem operasi yang lebih baik. Terdapat pelbagai perkara baru dan perubahan yang dilakukan. Berikut antara fungsi dan ciri-ciri menarik yang terdapat pada Windows 10:
START MENU
Kehadiran semula Start Menu kali ini lebih menarik dengan gabungan fungsi live tiles. Boleh dibesarkan ataupun dibuka secara fullscreen seperti mana start screen pada Windows 8.1
ACTION CENTER
Selain memaparkan notifikasi, Action Center menyediakan akses mudah untuk membuka nota, membuat Setting, dan beberapa fungsi lain. Fungsi ini dipaparkan pada sebelah kanan dekstop, menggantikan Charm Bar yang sebelum ini digunakan pada Windows 8.
TASK VIEW (ALT+TAB)
Selain memaparkan aplikasi yang sedang digunakan, anda juga boleh menambah penggunaan desktop bagi memudahkan lagi kerja dan susunan aplikasi yang digunakan.
Selain memaparkan aplikasi yang sedang digunakan, anda juga boleh menambah penggunaan desktop bagi memudahkan lagi kerja dan susunan aplikasi yang digunakan.
Multiple desktop |
SNAPPING
Fungsi snapping juga dikemaskini
CORTANA
Cortana merupakan pembantu peribadi digital yang sebelum ini diperkenalkan pada Windows Phone. Fungsinya lebih kurang sama seperti Google Now (Android) dan Siri (Apple). Melaluinya pengguna boleh berinteraksi untuk mendapatkan info, membuat carian, termasuk buat nota peringatan. Ianya lebih efisyen dan mesra pengguna.
MICROSOFT EDGE
Pelayar web baru yang menggantikan Internet Explorer. Terdapat fungsi tambahan seperti menyimpan nota, lakaran dan ruangan komen. Turut mendapat sokongan Cortana memudahkan lagi pencarian. Fungsi Reading Mode pula memudahkan pembacaan artikel web tanpa gangguan. Menurut Microsoft, fungsi add-on akan ditambah pada kemaskini akan datang.
Editing Tools |
Fungsi Cortana & Reading Mode |
FILE EXPLORER
Tambahan fungsi Quick access, memaparkan fail yang kerap digunakan.
File Explore |
SETTING
Semua tetapan boleh lakukan disini
CONTINUUM
Merupakan fungsi yang mengenal pasti peranti digunakan dan ia akan mengubah paparan tersebut sama ada dalam versi desktop atau tablet. Sesuai untuk pengguna laptop hybrid.
Boleh tukar ke tablet mode di action center |
WINDOWS STORE
Hadir dengan design baru dan lebih teratur. Selain aplikasi dan games, ruangan muzik dan filem turut disediakan.
UNIVERSAL APPS
Microsoft juga mengeluarkan platform untuk membuat aplikasi yang mana aplikasi itu boleh digunakan di kesemua bentuk saiz skrin di dekstop, tablet mahupun telefon. Antara aplikasi baru dikeluarkan seperti Calendar, Photos, Music, Mail, Movie & TV, News, Sport, Maps, Edge dan juga perisian Office. Disamping itu, ianya turut mendapat sokongan OneDrive. Membuatkan penggunaan lebih mudah untuk perkongsian dan penyimpanan data.
XBOX
Melalui aplikasi Xbox anda boleh melihat pencapaian games, berinteraksi dengan kawan, kongsi klip video termasuk sokongan fungsi screen recording. Selain itu, pengguna yang memiliki Xbox juga boleh stream game untuk dimainkan menerusi Windows 10.
Record game dan kongsikan kepada rakan anda |
DIRECT-X 12
Windows 10 turut disertakan sekali dengan DirectX 12. Ianya menambahkan kelajuan prestasi games dan visual grafik yang lebih bagus.
PERCUMA
Microsoft menawarkan kemaskini secara percuma Windows 10 kepada pengguna Windows 7 dan Windows 8. Namun pengguna hanya dibenarkan untuk upgrade bagi tempoh setahun selepas ianya dilancarkan. Windows 10 Mobile pula akan hadir tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Microsoft
Video wallpaper rasmi Windows 10
+ Microsoft turut memperkenalkan platform perkomputeran holografik dinamakan HoloLens. Melaluinya pengguna dapat berinteraksi dengan imej holografik dalam dunia sebenar.